Angan Jadi Kenyataan

Image result for dream catcher

 

Aku tak sangka ‘dia’ wujud. Someone yang sayangkan aku kira diluar jangkaan aku. Yang sanggup buat apa saja walaupun berkali-kali aku reject dia tempoh hari. Dia cuba, cuba dan terus mencuba sampai sekarang. =) Sebenarnya aku dengan F ni satu sekolah. Tapi aku memang tak pernah kenal F ni. Dia sukakan aku sejak dari sekolah. Tapi tak boleh nak luah sebab dia tahu aku mesti akan reject dia, sebab umur dia masa tu baru Form 3, aku pulak masa tu Form 5. F ni pulak budak kawad sekolah aku. Aku memang anti budak kawad sikit sebab semak kat kantin sekolah, payah nak makan geng derang je. So leader kawad time tu member aku, Wan. Semalam aku tanya pasal F ni kat dia, dan Wan memang ade kata yang F ni pernah tanya pasal aku kat dia, sebab Wan ni sekelas dengan aku masa tu.

2011
F banyak kali bagitahu aku yang aku ni pernah berchatting dengan dia masa zaman facebook dulu aku yang lama. Aku memang tak ingat langsung la pasal tu. Tapi F ni asyik try ingatkan aku hari-hari. Dan YES! Memang aku ade bermesej dengan dia bila F ni sebut pasal Final Project. Yes Yes. Memang aku pernah bermesej dengan dia. Dan aku decide nak open FB lama balik nak baca conversation aku dengan dia. Dan rupanya dia pernah bagi HINT yang dia sukakan aku. Tapi aku kan bodoh. Mana la tahu selagi orang tak terus terang dengan aku. Aku memang tak tau.

Dan masa tu aku bagitahu jugak dengan dia yang aku nak bertunang, aku cerita excited dengan dia. Haha. Sian F. Maaflah memang tak tahu perasaan awak mase tu. Huhu.

2012
Lepas je aku tunang tahun 2012, aku memang tak pernah contact ( dia masih ada dalam fb aku ) dia langsung. Dan aku pun ingat dia macam nak ajak borak-borak je. So aku pun takda la perasaan kat dia. Then dia kata, lepas aku tunang dia pergi Bintlu kerja dekat site situ. Dan aritu dia pernah bagitahu aku yang dia redha yang aku pilih ex-husband aku masa tu. Dan untuk dia memiliki aku hanyalah angan-angan je. Dan terciptalah satu lagu, nyanyian The Lazkaz, kira F ni co-writer lirik. Lagu memang redha habis lah perasaan tu. Haha. Lagu ni pernah muncul dalam fresh.fm dulu.

 

Anganku masih belum berhenti
Bermimpi tentangmu
Cerita cinta kita berdua
Sayang………….

Pernahkah kau merasakannya
Perasaan yang telah muncul setelah
kau muncul dihatiku ini
Semuannya bagai angan saja

Angan-angan saja

Anganku masih belum berhenti bermimpi tentangmu
Cerita cinta kita berdua sayang….

 

Terasa seperti di awan
Ketika bersamamu sayang

Angan-angan saja…..

Anganku masih belum berhenti bermimpi tentangmu
Cerita cinta kita berdua sayang….

 

Anganku masih belum berhenti bermimpi tentangmu
Cerita cinta kita berdua sayang….

 

2017
Aku buat FB baru. Dan F add aku. Aku memang totally lupa tau pasal F ni. Aku tak pernah ingat pasal F ni. Katanya, dia scroll Fb baru aku dan dia tengok takda gambar suami aku, cuma ada gambar anak-anak je. Dan ada ayat-ayat caption yang meragukan seolah2 aku dah single. Then masa tu dia terus tanya dengan member dia. Dan si N ni bagitahu yang memang aku dah bercerai tahun lepas. Bila dia dapat tahu aku dah bercerai, terus dia bagitahu dengan mak dia seolah minta restu untuk berkahwin dengan aku ( perempuan yang dia tak pernah lupa dan paling dia suka sejak sekolah ). Masa tu mak dia setuju dan tak kisah dengan status aku. Then malam tu jugak terus dia pergi jumpa rakan baik aku untuk luahkan perasaan. Rakan baik aku bagitahu aku yang F ni menangis-nangis sebab terlalu sayangkan aku dan tak sangka hidup aku selama almost setahun ni ‘alone’. Rakan baik aku terus contact aku dan minta aku berkenalan dengan dia sebab F ni memang jujur kata rakan baik aku nih. Jadi aku kata, ok. Hari minggu tu F terus datang rumah kenalkan diri dengan parent aku. Mak aku ok. Tapi Ayah aku la susah sikit. Tapi dia kata dia takkan give-up. Like seriusly? Aku tak pernah tengok lelaki yang betul bersungguh macam tu sekali. After 6 years dia dapat gak gtau aku perasaan dia. And after 11 years dia pendam perasaan dia. Allah…..

 

Dan sekarang walaupun perasaan aku masih aku ‘develop’ untuk dia tapi jauh disudut hati aku semakin hari semakin sayang. Dia cool! Paling penting! Walaupun muda tapi so matured! Kenapa aku kata dia matured? Sebab bila aku bagi soalan2 cara dia jawab memang cool. Then bila aku uji kemarahan dia, cara dia tangani nampak baik. Huhu. Tapi sejauh mana, aku doakan hubungan ini. Aku mahukan hubungan mental yang penting. Sekufu dari segi mentality. Dia selalu cakap dengan aku,

“Saya tak sangka saya dengan awak sekarang”  ( almost hari-hari gak cakap dengan aku hahaha )

I wish untuk hidup dalam hidup kekeluargaan semula!
Amin.

Ok bai. =)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s