Misi Mencari Bakal Suami

First of all aku memang sedang dalam kekeliruan.

Kekeliruan memilih. Bab memilih ni aku takut sangat dah. Sekarang ni situasi dah back to like 4 years ago punya situation. Arghhh menci menci!

Yang si ex aku pulak eceh, acah pulak buh gambor “someone”  die kat DP whatsapp. So? Nak bagitau sape tu konon-konon kau dah merisik perempuan? Kire kau nak cakap kau laku ke camne? Bahahaha. Perempuan nais mcm dia and aku memang akan teripu dengan gaya, cara , percakapan dia. Nampak tak aku ni dalam golongan nais. Hahaha.

 

Kalau dulu aku dalam kekeliruan masa nak pilih A or B. Si A ni bebetul aku suka, sebab dia ada semua yang aku nak. Si B pulak ( ni ex aku ) , si B ni dia segak , ALIM dan lain-lain. Tapi si B ni semua ciri-ciri yang aku admire kat seorang lelaki memang takda. Dengan adik beradik perempuan yang ramai. Aku rasa leceh. Tapi mmg betul pun leceh  Tapi time tu sayang suami, cuba la buat yang terbaik untuk keluarga dia. Tapi end up, aku yang balik dikatakan KURANG AJAR dengan keluarga dia. Ok Ok takpe hahahaha. So last-last aku pilih si B ni sebab kekuataan dia bab agama tu. Kononnya nak #tilljannah la hendaknya, bolehlah treat aku well dari zahir dan batinnya. Tapi ku sangka panas di tengah hari rupanya hujan di tengah petang. Perkahwinan tak bertahan dan putus di tengah jalan. Eceh.

 

Masih menaruh harapan lagi ni, sebab aku memang tak pernah ada like boyfren la time dalam eddah ( which aku mengandung kan anak dia takkan nak ada skandal dengan orang lain, geli plak ) haha. Walaupun ada yang sanggup jaga, sanggup nak kahwin dengan aku masa aku pregnant tu ( lepas habis eddah la maksudnya , kira cam nak book gitu, ko hengat aku ni trivagoo? nak book2 bagai hahaha), tapi semua aku deny. Aku mmg jaga eddah aku supaya aku takda berkasih dengan orang lain. Sebab masa tu ex aku ni suka up status whatsapp like aku terfikir, kau sebenarnya tuju kat sapa, tuju kat aku ke, or kau sengaja nak buat aku jeles? So hasil siasatan mendapati, info dari member frenlist FB die yang dia selalu tagging-tagging manje gitu dengan anak dara lain. Perghh taste die mmg anak dara der, Innocent kan. Hahaha. Sampailah satu hari aku dapat tahu si Ex dah ada orang lain. Dua hari MC eh sebab nangis, demam unta sekejap. So, member aku datang rumah, bagi semangat nih. Dengan sepenuh kekuatan derang bantu aku delete semua gambar-gambar aku dengan ex. Buang semua. And suruh start over new life and derang nak tengok aku sengih macam kambing like dulu.

 

So, dengan restu Illahi, wahhhh! Aku pun memulakan operasi aku mencari bakal suami. Haruslah! Aku nak anak lagi. Three before thirty. Kenalah cari “sumber” yang #tilljannah kalini. Yang penting aku taknak lagi kahwin sebab like agama ke, ape, sebab lelaki is always be a lelaki. Kang tak pasal dapat jenis keluarga yang suka cakap “orang KL Jahat” Allah. Masih ade yang 3rd mentality class punya orang. Susah. Sekarang aku nak adakan and wujudkan rasa kasih sayang dulu. Kenal bebetul keluarga lelaki tu, adik beradik lelaki tu. Observe and investigate! Yeah! So hasil kajian mendapati aku dah dapat umpan seorang. Hahahahah jahat nau kan perkataan aku. XD XD

 

Encik R

Dia ni sebenarnya kawan sekolah aku. Kiranya mase dia dapat tahu aku nak bertunang masa tu dia datang jumpa aku untuk luahkan perasaan and consider tentang dia. Tapi aku dari dulu sampai sekarang memang anggap dia kawan je. Memang tak boleh nak buat kawen. Sebab R ni aku selalu bergurau dengan dia. Aku dah membabi2kan dia. Membangang2kan dia. Jadinya takleh. Aku dah cakap bebaik, dan aku sendiri tak pernah beri harapan. Aku rasa dia faham dah rasanya.

 

Encik H

Eishhkkk mamat ni aku memang minat gile dengan dia. Kerja oil and gas, tapi kuli batak la. Die kerja macam onshore la. Dekat Pengerang. -___- Alahai Johor jugak. Aku dah memang fak sikit orang Johor ni. Tapi takpe. Aku boleh consider dia sebab dia orang Banjar. Aku kenal dengan mamat ni dari FB. Aku mase buat misi dua bulan lepas nak cari calon tu, aku buat fake facebook. Takda gambar, nama pun fake. Jadinya aku nampak die ni duda seorang anak. Dia ni aku nampak sangat sayang kat anak dia. Setelah aku buat penelitian , aku pun PM die terus. Aku tanya dia kenapa bercerai. Aku tanya sikit dekat dia perihal Baitu Muslim. Nafkah bagi ke tidak kat isteri. Berapa semua. Aku siap mintak IC die sebab nak check kes dia kat online syariah court. Dia ada tunjuk aku bukti beberapa kes polis yang dia dihalau keluar rumah mertua dia, tapi sikit pun dia fail nuysuz kat isteri dia. Ya Allah baikkkknyaaaaaaaa. Dia cakap, dia bercerai sebab isteri dia marah dia meniaga roti canai. Isteri dia nak dia ni ni keja onshore and ada duit yang banyak. So isteri dia lepas halau dia ni keluar rumah, isteri dia failkan cerai. So , nampak bertanggungjawab, tapi kena kenal lagi. So after 3 weeks aku kenal dia tanpa dia tahu rupa aku, akhirnya aku ada la buat beberapa conversation major dengan dia.

aku : awak dah move on ke dari bekas isteri awak?

dia : belum. saya sayang kat dia lagi. tiap minggu saya datang rumah ttry pujuk. saya nak cuba sampai akhir tahun ni. kalau dia still tak nak saya pun takleh cakap ape.

aku : ermm takpe kalau awak dah move on bagitahu saya, saya nak kenal gan awak

esok baru balas -__-

dia : maaf awak. awak biar betul. kenapa nak kenal dengan saya

Encik H added you on Faccebook

Aku : Awak sorry jangan add, ni fb fake saya. Fb ni saya buat untuk cari bakal suami.

Encik H is removed

Dia : Awak, ambil no telefon saya ni. 01X-XXXXXXX

Aku : Ok, awak add Ig saya ni. @nufarsa

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

After a week berwhatsapp semua. aku pun terdetik nak tanya dia balik.

Aku ; Awk dah move on ke. Kan awak kate awak nak bagi peluang ex awak sampai hujung tahun nih.

Dia : Dah, dah move on.

Aku: dasar lelaki betul ( cakap dalam hati ) XD

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tapi sekarang aku dengan H ni ada problem sebab minah ex dia like contact balik dia. Asyik nak video call bagai. Adoiyaii. Semak la. Time orang tu susah kau taknak dia. Adioyai. Tapi pada aku kalau ex tu nak balik, aku sudi je undur diri. Even aku siap pernah mesej kat FB bekas isteri dia tanya betul-betul. Kot-kot derang masih ade perasan lagi. And ex wife dia kata dia masih ada perasaan. Alorrrrrrr. Aku tak nak la bekas isteri dia rasa apa aku rasa. Heartbroken bila H ni ade orang lain. Kan? So setakat ni aku akan ade job kat Johor, so aku akan jumpa parent H ni, nak observe semua. Kalau tak ok, aku terpaksa pergi untuk kesejahteraan bersama. Wahhhh.

 

 

Encik F

Haaaaa yang ni sekor lagi. Mamat ni bebetul buat aku stress. Aku tak pernah pernah stress sebab lelaki, tapi mamat ni memang bagi aku stress. F ni pulak budak sekolah aku jugak, tapi aku tak pernah tahu kewujudan dia boleh? Hahah. Dan semuaaaaaaa yang aku nak takda kat dia. Tapi aku suka cara dia. Dia risik aku dari orang lain. Dia nak pastikan betul ke aku ni dah divorce and dah habis eddah semua. So bila dia dah confirm aku ni mak jan anak dua, dia tanya mama dia dulu kalau nak kahwin dengan aku boleh ke tidak, then mak dia setuju, baru die pergi jumpa kawan aku untuk risik aku. Malam tu kawan aku kol aku. Aku punya terkejut, memang sampai rasa nak pengsan weh. Budak sekolah manaa? Aku serius tak kenal. Iolss kan budak sekolah baik dulu. Hahaha. So kawan aku bagitau, dia ni junior sekolah. umur 25. Does it mean aku form 5 dia pulak form 3? Ya Allah -_-“….  Dulu time sekolah katanya takkan nak luah perasaan, sebab takut aku rejek dia macam aku rejek orang lain. Hahaha. So esok malam tu aku contact dia thru number yang member aku bagi kat aku. Aku contact F ni mintak jumpa esok malamnya. Aku bawak Nuha time ni. Malam tu aku whatsapp F ni tanya, betul ke die serius semua. Dia explain yang dia bebetul serius. Dia takut nak cakap time sekolah, sebab dia takut aku ni anggap dia tu main-main sebab dia terlalu junior. And one more thing dia cakap, dia takut kalau aku cakap dengan dia, nanti aku belasah dia. =_= hahaha. Aku dah jumpa dah si F ni, dah interview semua. Most of all ok, tapi aku bosan la chatting gan dia hahaha tapi bila jumpa depan-depan seronok bercerita.

 

Encik K

Yang ni crush masa U dulu. Hahah. Selepas beberapa ex aku ni lamar aku, aku dilamar oleh K ni. Tapi masa tu aku dah berjanji dengan ex aku yang aku nak kahwin dengan dia. Aku tak nak la curang semua ni. Tapi time ni lah aku start keliru jugak sebab dekat K ni ada semua benda aku nak. Tapi end up aku pilih si ex. Dia heartbroken. terus block aku kat semua media sosial. Skang dah ade bisnes sendiri, berjaya dah lah. Suruh aku consider dia untuk jadi suami. Tapi aku takleh lah. Sebab si K ni masa silam aku. Jadinya aku taknak lagi berada dalam keadaan yang aku takut nak pilih. Jadi aku kekalkan K sebagai kawan.

 

Encik Fir

Yang ni memang awal-awal dah rejek. Sebab dia ni stok orang dah memang gila bayang. Message aku kat messenger hari-hari ( aku tak pernah balas pun ) , dia cakap dia suka dengan aku, gila gan aku. Ok. Semak. So SHIFT + DEL. Aku block dia. Hahaha.

 

 

Dan ada lagi a few, tapi yang Encik H and F ni antara yang aku consider. Sekarang ni aku kena bagi peluang kat H ni dulu, sebab aku ni mmg suka sangat sangat dengan H ni. Sweet! Hehe. Aku dah tak percaya ok bercinta lepas nikah ni. Kalau betul-betul dengan aku, aku akan feeling2 dulu, bercinta dulu. Kenal bebetul. Baru aku akan pikir next step. Cari bakal suami ni bukan mudah. Aku tak nak macam dulu. Sesungguhnya heartbroken itu menyakitkan. Hihi. So, doakan aku untuk misi aku ni berakhir cepat sikit. Nak kumpul duit nih. Hehehe.

 

 

Ok Chau!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s