Inchloss Routine

Assalamualaikum.

Good day! Hari ni aku nak terangkan sikit rutin semasa berpantang dan selepas berpantang, dan seharian-seharian selepas ni. I already reduced from 57.5 KG to 53KG! Last masa aku sebelum lahirkan Nyla, berat aku is 63KG. Dua minggu selepas bersalin aku loss weight lagi to 57.5KG. Dan sekarang aku dapat balik berat sebelum pregnant Nyla dulu. But I would rather target for 48KG. Another 4KG to lose. Yoshh!

Bertungku

First thing first, bertungku bukan sahaja boleh buat lemak pecah, tetapi membantu melancarkan proses pengeluaran darah nifas (darah sehabis bersalin) dan mengecutkan rahim. Wajib bertungku! Jangan skip sampai hilang darah merian ( darah berwarna kekuningan ), darah ni darah penghabisan. Kata orang tua dulu, darah ini kalau tak keluar boleh buat badan lemah, dan cepat letih, of course la badan akan letih sebab darah kotor dalam badan tak habis keluar. Dan seingat aku semasa aku berpantang Nuha, aku memang banyak kali skip bertungku ( seminggu je rasanya ). Mungkin sebab tu dulu badan aku asyik letih sokmo agaknya. Bersalin kedua ni, aku bertungku habis-habisan rasanya adalah dalam 38 hari jugak aku bertungku, insyaallah semoga keluar semua darah kotor yang ada dalam badan ni.

Scrub Coffee

Haaa, yang ni selepas bersalin. Ada sesetengah ibu-ibu yang akan jadi kehitaman perut dia. Dan for sure aku pun jugak. Dah bubuh bio oil pun still jadi hitam area perut. Lepas bersalin aku alergik limau purut + kapur. Sebab gatal-gatal nanti. Jadinya macam mana cara nak hilangkan kehitaman selepas bersalin ialah dengan coffee scrub! Aku beli dari coffeescrub90. Sabun coffee dari coffeescrub90 ni aku buat cuci muka dan perut jugak. For real, memang HILANG ok! Kalau ko malas nak beli dari online boleh je beli kopi-kopi yang kasar tu lepas tu sental perut tu selama dua minggu sehari dua kali. Insyaallah hilang!

Berbengkung

Yang ni pun jangan skip. Selama 44 hari aku pakai. Membantu mengecilkan rahim yang kembang dan boleh buat bentuk pinggul kembali pada asal. Lagipun lepas bersalin perut kita kan akan mengeleber, jadinya this is the way to ensure perut tu naik balik. Berbengkung jugak boleh menahan dari rahim jatuh.  Lepas 44 hari, aku dah tak berbengkung, aku pakai girdle. But girdle ni jangan dipakai bawak tido, nanti mampus sesak nafas pulak. Haha.

Jamu

Masa berpantang Nyla, aku skip Jamu sampai sebulan, lepas Nyla dah bebetul sembuh dari Jaundis barulah aku start makan Jamu bersalin balik. Sebelum aku pregnant Nyla jugak aku ada makan Jamu. Tapi pil, Jamu Susuk Dara. Dari moyang aku, mak aku memang derang semua memang keturunan suka makan jamu rupanya patut aku suka sangat bau jamu, memang keturunan ler ni. Hah

Related image

Ini set selapan air mancur. Dulu masa bersalin Nuha aku makan set mancur biru ( pil ), tapi kali ni aku ambil bentuk serbuk. Aku pilih mancur sebab,benda ni dah lama ada dalam pasaran. Disamping ada halal Indonesia set ni jugak murah, simple dan mudah. Kotak 1 ( untuk mengembalikan rahim ke tempat asal ), Kotak 2 ( untuk kempiskan perut ), Kotak 3 ( menambah susu badan ). Buat masa sekarang aku masih di Kotak 2, makan jamu dua kali sehari, pagi dan petang. Insyaallah kempis perut tu. Lepas habis jamu ni, aku akan start makan Jamu Mak Dara pulak. Jamu ni penting untuk tenaga, nak jaga anak. Nak cergas, makanlah jamu dek non. Rahim sihat, muka pun ceria, emosi pun terjaga. Kena kerja kuat sekarang ni caiyaok!

 

Freeletics

Luangkan masa 10 minit setiap hari untuk buat workout. Aku start buat freeletics masa 40hari selepas bersalin. Sebab time tu aku dah takde rasa sakit kat ari-ari lagi dan aku dah start makan jamu, jadinya aku buat freeletics. Siapa jaga anak kau? Aku buat time anak tido ye. Nuha dah dua tahun, kalau aku tengah workout, dia pun join jugak. Kadang tu sampai habis nafas aku gelak tengok dia mengajuk aku. Hehehe. Buat simple freeletics sahaja, like burpees, squat,lunges,climbers,high knees jump. Kalau anak aku jaga, aku pegang Nyla tu sambil buat squat. Hihi. Then weekend pulak, aku akan buat target running, hari tu aku finishkan 3 KM running, kali ni aku nak target 4KM pulak. So, every weekend buat target baru. So lama-lama insyaallah kita akan terbiasa lari jarak jauh dan membantu sistem pernafasan. Sebelum lari , pekena jamu dulu. Thats what I do.

Air  Kosong

Banyakkan minum air kosong, sebab bila berlari, workout dia akan burn a lot of calories, so air lah membantu dia membakar.

So insyaallah tahun ni aku nak achieve 46KG pulak. Hihi. Tahun ni pulak president kelab AJK sukan dengan selambe pulak petik nama aku dalam ahli AJK kelab sukan KPJ. Adoyai. Kena la fit kan. Kekeke.

So okay! Keep fit. Bubbye

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s