Bersyukurkah Kau?

Image result for allahumma yassir wala tu'assir

Ya Allah permudahkanlah, jangan pula Kau sulitkan. Allah takkan uji hambaNya mengikut kadar kemampuan kita. Yang penting, aku punya kesyukuran nak ucap ni tak mampu lah nak tulis dalam blog ni. Cuma aku rasa bersyukur kerana sepanjang kesulitan ada yang Allah mudahkan.

Alkisahnya, hari ni aku pi checkup sebulan Nyla kat Klinik Kerajaan. Ya Allah punyalah sesak nak mati. Nak bernafas pun tak habis tarik. Sesak lah. Rupanya sebab semalam cuti Hari Pertabalan, jadinya semua appointment semalam tu dibawa ke hari ini. Tengah dok sedap menunggu tu, hati aku merungut dengan kelembabpan servis dengan orang ramai yang sesak lagi. Dengan aku berdiri lagi. Ya, aku merungut dalam hati walaupun diluaran nmpak sabar kerna sesungguhnya den manusia biaso je. Sesekali aku tengok la suami isteri yang berdiri. Yang membuatkan aku tersentak, aku nampak sepasang suami isteri macam tengah bergaduh kecil sebab suami dia merungut lambat-lambat. Isteri dia duk pujuk suruh sabarlah sikit lagi. Lepas tu aku dengar suami dia membebel ( anak dia tengah menangis time ni ), walaupun perlahan tapi farhana kan chuolss, pasang telinga la. Aku dengar suami dia kata, dah 2 jam tunggu, kenapa lambat sangat, kenapa boleh salah ambil darah, kenapa kena ambil darah anak sampai dua kali kesian kat baby dia ( jaundis ). Aku tersentak kejap, dalam hati ada rasa kasihan kat baby tu, kat isteri tu yelah dahlah dia pun stress menunggu lama, berdiri jugak, tengah pantang ( sebab dia pakai cara orang tengah pantang ) dengan anak yang jaundis tu, pastu add on pula dengar rungutan suami dia. Kesian. Seriusly aku kesian. Tu ke PERKAHWINAN? Bukan suami kena sokong ke bila time macam ni? Sesekali aku bersyukur jugak takda sesiapa yang teman aku sepanjang dari pukul 7am – 1230pm aku dalam klinik tu, aku buat semua sensorang tanpa menyusahkan sesiapa pun. Dan dan dan dan… Sebabkan kejadian macam tadi aku rasa rungutan aku tadi satu dosa. Kenapa masih tak bersyukur yang Allah telah mudahkan urusan aku? Tengah-tengah aku duduk, ribakan si nyla yang tengah sedap layan lagu Search dalam mimpi aku flashback dari time aku mengandung, bersalin sampai ke hari ni.

Masa aku mengandung 38++ minggu. Aku kan dah start ada contraction. Tapi contraction tu datang-datang lepas tu blah macam tu je tinggalkan aku terkebil-kebil. Sakit? Sakit macam senggugut tapi masih kau boleh tahan. Masa 39 minggu followup, doktor buat VE, aku dah dilated 1.5 cm tanpa aku sedar. Dah dilated tu, aku masih berjalan-jalan dengan jayanya tanpa rasa sakit. Pergi cycling, makan fish manhattan kat IoI. Bila followup 40minggu, tiba-tiba dah dilated 4.5 ~ 5 cm. Tak ke terkejut ko? Allah mudahkan urusan aku disitu. Terus masuk labor. Pecah ketuban at 245pm, dan aku start sakit yang teramat start pukul 4pm sebab double contraction aku rasa ( pecah ketuban + air induced on labor ). Pukul 6 aku dah bersalin. Bila aku dengar cerita Nurse yang datang check aku, dia puji aku mudah bersalin and tanya ada makan apa-apa ke, lepas tu dia cerita macam mana dia bersalin, kena tunggu 3 hari anak tak turun. Nurse tu kata dahlah kena induced (masuk alat dalam kelamin sebab nak paksa bukaan ) tapi still tak ada bukaan dan akhirnya kena ceaser. Bila aku dengar cerita macam tu, aku dapat rasakan Allah mudahkan urusan aku lagi kat situ. Sayangnya Allah kat aku. Tq Allah 😉

Bila Nyla kena disahkan jaundis tinggi aku takut dia kena warded duduk bawah lampu. Tapi nak buat camne kan kalau dah terpaksa. Tapi Nyla punya jaundis tak sampai membuatkan dia kena warded pun. Jaundis dia cuma menurun dalam keadaan yang perlahan. Bila dia disahkan prolonged jaundis ( jaundis melebihi 14 hari ) aku kena refer kat Paediatric Hospital Kajang ( aku masih pilih hospital kerajaan ) untuk ambil sample air kencing dan darah. Aku pergi berdua sahaja dengan Nyla masa ni. Kebiasaannya aku ni jenis kelam kabut sikit sebab aku tak pernah pergi Klinik Kanak-Kanak Hospital Kajang, and tambah lagi Hospital Kajang ni kalau ko nak tau Klinik dia bersepah, susah nak cari, tapi bila sampai je Hospital Kajang, aku parking, aku terus nampak signboard Klinik Paediatric. Bagi buku kat kaunter -> nama kena panggil -> nombor kena panggil -> timbang anak -> masuk bilik doktor -> doktor buat inspection kat anak -> ambil air kencing dan darah. Time aku pergi ambil kencing dengan darah tu pun, nurse tu puji sebab cepatnya anak awak dah kencing dah, takyah nak bagi susu dulu la, nak kena tunggu la. Aku sebagai mak, mak bangga dengan kamu nyla, kuat kencing kau. Kah! Poyo kan mak gitu, semua benda nak bangga. Hhhaha. Paling kesian masa nurse ambil darah, dia bukan ambil darah guna syringe tau. Dia cucuk dekat urat belakang tapak tangan lepas tu dia picit-picit sikit-sikit. Kesian weh. Kesian sangat tengok baby kecil meraung macam anak kucing masa tu. Lepas ambil darah aku balik. Habis dah. Lepas dua minggu dapat result air kencing dan darah normal. Takda sebarang komplikasi. Nak dijadikan cerita, member aku yang baru jugak lahirkan anak dia bagitau yang dia tak keluar hospital lagi. Anak dia kena G6PD dan jaundis kena pantau. Dah 2 minggu duduk hospital. Ada lagi sorang, bagitau anak dia prolonged jaundis jugak, ambil darah dekat Hospital yang sama dengan aku. Tapi dia kata dia bengang dengan hospital tu sebab makmal salah bagi result darah anak dia, and anak dia kena ambil dua kali. Bila dengar cerita member aku, aku terfikir.  Allah permudahkan setiap langkah aku. Tiada satu pun yang sulit. Kat situ aku dapat rasakan Allah mudahkan urusan aku lagi dan lagi.

Hari ni, aku pergi cucuk sebulan untuk Nyla dan proceed untuk semak TSB jaundis dia. Aku datang pukul 730am, aku bagi buku, aku duduk, Nyla aku kelek untuk bagi dia tido. Lama aku tunggu nama kena panggil kat depan, lama nya Ya Allah. Tapi Nyla tido. Sikit pun dia tak meragam walaupun manusia sesak kat Klinik tu. Pukul 9am baru nama kena panggil, pergi ambil darah Nyla dan darah aku. Nyla terjaga dan nangis. Aku bagi susu EBM yang aku dah panaskan kat rumah. Dia senyap, aku tepuk-tepuk dia tido balik. Sampailah jumpa nurse, sikit pun Nyla tak terjaga and meragam. Sampailah jumpa doktor barulah dia menangis sebab doktor tu dok usik-usik body dia. Aku ambil Nyla aku tepuk-tepuk balik. Nyla tido balik. Aku tunggu depan bilik suntikan untuk cucuk sebulan. Time ni aku dengar perihal suami isteri tu. Sekali lagi aku rasa, walaupun lama nak mampus aku tunggu, tapi aku happy. Tak menyusahkan orang lain, anak tak meragam dan sepanjang dalam klinik tu smooth je perjalanan. Allah permudahkan urusan aku lagi dan lagi dan lagi dan aku harapkan semoga Allah permudahkan lagi urusan hari-hari aku dan anak-anak aku. Of course ANAK-ANAK dah jadi first priority, parent dan adik-beradik dah jadi second priority dah sekarang. Apa-apa pun aku akan utamakan keluarga kecil aku dulu Nuha dan Nyla. Habis aku sempurnakan kelengkapan diorang baru fikir diri sendiri pulak. XD

Kesimpulannya lah kan kisah aku ni. Kau bersyukur tak hari ni? Kalau ada kau rasa sulit, fikirkan keadaan orang lain yang mungkin lebih sulit dari anda. Lalui setiap perjalanan tu dengan rasa syukur. Walaupun suami isteri yang aku jumpa tu dia rasa sulit prosedur dekat Klinik tadi, tapi kalau dia cuba fikirkan semula pasti ada yang dia rasa mudah. Biasakan lidah untuk berdoa dimudahkan urusan, kalau tak gheti jawi boleh doa bahasa malaysia, dont worry Allah faham. Hihi. Sentiasa positif dengan Allah :*

Ok bye bebs ;))

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s