Arrival of BabyN

Bismillahirahmanirahim

Alhamdullilah, syukur. Hari ini dah masuk hari ke-7 kelahiran Baby Nyla. Orang tanya kenapa ‘Nyla’? Cara nak sebut ialah Naila, dan ejaan jawi untuk Nyla ialah Nun Ya Lam Alif yang membawa kemenangan. Perkataan yang mudah dan membawa 1001 maksud untuk aku. Kau tak tahu betapa nikmat yang teragung aku peroleh dari Ya Rabb selepas je aku melahirkan Nyla. Sepanjang 40 minggu aku bersusah payah, menangis tu jangan cerita lah, emotional distress yang aku alami. Oh ya, aku menulis ni bukan nak minta simpati sesiapa. Aku nak kongsi kat korang benda yang indah je. Kalau korang rasa, aku ni jahat la, tak cium bau syurga la, semua orang tak suka aku la, dah tahu perangai aku la, tak tahu malu la, well do I care? Iolss memang sejenis manusia yang memang tak hadam dek mulut busuk orang Hehehe. Harini aku story sikit sepanjang aku 40 minggu aku dan Nyla. Macam mana aku tahu aku mengandung?

 

Alkisah masa tu aku rasa aku penat sangat-sangat. Sangat! Dan emosi aku tingtong gila. Masa tu bulan puasa ( dimana drama dah start kat dalam marriage life aku ). Masa ni aku masih boleh cool down balik sebab takda interfere dari pihak lain. Yang gaduh pun kami lakibini jah kan. Takda sapa pun tahu. Ok then, aku penat nak bergaduh, jadi malam raya tu aku ajak si dia untuk nikmati keindahan malam raya kat Jalan Tar, aww sweet kan mak? Hihi. Masa tu syukur la dia melayan jugak permintaan aku, jadinya aku pun kepeh kepeh kepeh dengan motor S70 dia yang comem tu dimalam raya. Keke. Sepanjang aku dengan dia jalan-jalan ermm, aku dngan dia je tahu apa jadi. Malas nak cerita, dah almost setahun berlalu. Then selepas hari raya ke-3 aku pulang ke kampung dia pulak. Time ni sebenarnya dah emo-emo sikit. Ada je benda tak kena. Kalau tak dia naik angin, aku naik angin. Tak bestlah sepanjang cuti raya tu. Sampai satu tahap masa tu aku penat, letih aku rasa aku alone sangat. Tak pernah rasa perasaan macam tu. Aku start ‘share’ benda-benda yang aku nak tarik ‘attention’ dia kat FB. But still macam tu. Sampai satu tahap, ada seorang yang sampai sekarang aku takkan maafkan tulis sesuatu komen kat FB aku. Dahlah syaitan memang nak tengok rumahtangga aku runtuh, tambah lagi dengan syaitan jadian. Lagilah punah! Ya Allah sedihnya aku baca komen tu, mak ayah aku baca, and ada a few cousin dan uncle aunties baca komen tu. Bila mak aku whatsapp tanya kenapa ‘dia’ tulis macam tu, aku telefon mak aku, aku cepat-cepat block dan delete komen tu sebab pada aku, kalau aku biar aibkan dia juga walaupun dalam komen tu sebenarnya dia aibkan aku. Selepas je dari benda tu marriage aku getting worse! And aku terdetik hati nak buat ‘spotcheck’ sikit. Ohh! Pregnant! Selepas 3 hari aku bagitahu aku ‘Pregnant’. Tapi the drama was still living. Dan sampai satu tahap, I am QUIT!

 

Selepas sahaja dari tekad aku, aku beritahu niat aku untuk bercerai dekat mak ayah aku. Mak ayah aku tak setuju sebab suruh fikir anak-anak, tapi pada aku kenapa mesti aku makan hati, kenapa mesti aku fikir anak-anak, its my decision. And I said to my parent, how you both agreed when I decided to choose him at the first place, biarkan aku decide untuk lepaskan dia dengan cara dan saluran yang betul.

 

Dan akhirnya semasa aku mengandungkan Nyla 20minggu, aku ditalakkan dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Alhamdullilah akhirnya selepas 5 bulan aku tidak serumah segala dosa aku dengan bekas suami terputus sudah akhirnya. he thing I’m CONSENT so much is DOSA! Ya DOSA. Ko kahwin ko nak pergi NERAKA? Takkan… Cuma menanti jatuh eddah tu je perit sikit. Hihi.

 

Ini Dugaan Aku, Itu Bahagian Aku
At 7 weeks of my pregnancy, aku suspect ‘abortion’ sebab bleeding yang agak teruk. Aku dah takut, tapi aku tahu itu dugaan aku, itu bahagian aku.

 

At 18 weeks of my pregnancy, kaki sebelah kiri jatuh terperosok dekat dalam rumah mak dan ayah aku, sebab almaklumlah rumah mak dan ayah aku rumah papan, jadinya dimamah anai-anai. Aku yang gedabak ni terpijak kat tempat reput tu dan dang!!!!!!!! Hahahaha. Lawak pulak ingat balik. XD. Takpe itu dugaan aku, itu bahagian aku.

 

At 25weeks of my pregnancy, Nuha demam. First day demam aku takda masalah. Lepas tu hari kedua tak baik, still on off on off. Dahlah masa tu aku ada exam. Unfortunately, aku FAIL! Hihi. Then hari ketiga minah Nuha ni demam, terus aku bawah ke Hospital Azzahrah ( rembat ayah dia punya panel claim =P ) untuk buat semak darah. Dan Nuha disahkan Denggi. Aku buat refer letter ke KPJ Kajang, dan Nuha duduk dalam wad selama 3 hari. Penatnya ya Allah!!! Sebab masa ni aku pregnant, ragam Nuha lagi masa ni, risau. Tapi dalam hati, aku terus menerus yakin dengan Allah. Ini dugaan aku. Ini bahagian aku. Nuha discaj dari wad di hari sepatutnya aku ‘celebrate’ ulangtahun perkahwinan yang ke – 3. 13/12/2016. The thing that I wont forget till the end of my life. Biasa la aku, bermain air mata je mampu. Farhana ngembeng, Farhana ngembeng. Hahaha!

 

At 37 weeks of my pregnancy, dah start ada contraction. Alahai risaunya aku, sebab tak nak bersalin sebelum 38 minggu. Hehe. Memilih kau farhana! Hehe. Jadinya sehari aku duduk wad. Dan discaj esok harinya sebab false labor rupanya. Nasib baik warded free! Kah!

 

At 38+ weeks of my pregnancy, aku dah start rasa contraction yang kerap dan selang 1 jam. Dan contraction berlaku selama 4 jam jugak mesti start pukul 3 pagi. Bertiming gitu. So whatsapp bekas suami bagitahu ‘get ready’ lah sebab aku nak pergi hospital. Packing-packing baju dah semua, cium Nuha siap nangis lagi bagitahu dengan dia , drama sangat iolss! Cium Nuha then cakap, ‘mama dah nak beranak ni’. Lepas tu tunggu lagi contraction mai pukul 7pagi, tiba-tiba eh ‘hilang’. Aku pun baring la kejap sebab dah sengugut mai 3 jam tadi. Then contraction tu tak datang-datang dah. Alaaaaaa contraction dah merajukk kot ~_~. Dari sehari-hari tunggu punya tunggu punya tunggu contraction tak datang-datang. Ajaklah bekas suami pergi makan Fish Manhattan kat IoI Putrajaya. Then malam tu contraction datang lagi, dalam 30 minit sekali pulak kali ni, still pukul 3 pagi sampai 6 pagi then bila matahari naik contraction hilang balik. Waaaaaaaaaaaaa! Dah kenapaaaa~~~ Sebabkan aku esok harinya nak followup KPJ Kajang untuk checkup 39minggu, aku pun tunggu jela appointment. Aku bagitahu Dr Rasliza yang contraction datang dan pergi. Pastu dia buat VE , erkkkk ~_~. Dah dilated 1.5cm rupanya patutlah ada contraction. Then sepanjang 39 minggu ada jela contraction ada yang datang 10 minit sekali, 5 minit sekali, tapi main-main la pulak. So, aku malaslah jadi false labor lagi, aku just buat kiraan gerakan baby dan tunggu followup 40minggu. Sampai satu tahap tu aku doa minta dengan Allah, bagi la aku contraction. Kekeke.

 

At 40 weeks of my pregnancy, aku datang followup macam biasa dengan Dr Rasliza. Datang awal sangat sebab aku hantar adik aku pergi kerja situ sekali. Semantara tunggu nombor kena panggil aku sempat turun tangga okay, pergi beli air milo kat cafe. Lepas tu naik balik consultant clinic guna tangga. Wow! So bila nombor kena panggil aku potpet dengan Dr Rasliza kata ada la contraction tapi hilang-hilang lepas tu still boleh tahan. And of course sudah mennjadi lumrah aku kena buat VE lagi. Rupanya aku dah dilated 4 ~ 5 cm. Aku tak caya, aku suruh doktor buat balik VE. Doktor kata iyeee dah 4.5 cm gitu nak ke 5 cm. Aku kata lah kenapa aku tak rasa apa-apa, again drama kat situ dengan Dr Rasliza. ~_~. Dr Ras suruh aku masuk labor room dan jangan banyak songeh. Haha. Berseloroh hang doktor. Dia suruh aku beranak hari isnin tu jugak sebelum matahari terbenam. Kahkahkahkah ko memang lawak Dr Rasliza. Sepanjang aku dalam labor room tu, sebabkan aku orang ‘HQ’ jadinya boleh bergelak sakan dengan nurses and midwives kat situ. Tanya bonus bagai. Tanya aku kenapa ada yang tak dapat PLI la. Pastu ada yang tanya kenapa ESS ( Sistem HR ) dia tak boleh login. Maigaddd mana aku tahuuuu korang ni punn. Bagi la aku beranak dulu. Huhuhu. Aku masuk air katanya untuk sekatakan ‘contraction’ dan pukul 245PM air ketuban aku dipecahkan katanya untuk kalau pecah ketuban ni ‘natural induce’. So aku berperang sakit yang hamattttt start pukul 4PM. Bergegar-gegar besi katil aku pegang. Bilik yang sejuk yang hamat menjadi panas. Aku disuruh ambil gas, aku kata aku tak nak. Tapi nurse-nurse kat situ paksa aku ambil gas, dia tekup mulut aku. Ya Allah siap ko nurse. Aku terpaksa pura-pura mamai lepas sekali sedut gas tu. Aku sedut tak sungguh-sungguh la sebab dah ada buat pembacaan yang kalau ambil gas akan mengantuk and mamai. Pukul 550PM aku kata please bagi aku beranak, sebabkan derang tak bagi sebab bukaan masih 9cm. Aku kemut-kemut tapi takleh, nak teran jugak. Dan akhirnya derang VE dah 10cm. Perghhh masa dia suruh teran. Aku tarik napas pepanjanggggggggggggggggggg~~~~ Teran. Teran. Dan teran.  Time aku sakit contraction tu aku cakap ‘Aku sakit ni kerana Allah, aku berserah diri pada Allah, aku yakin hanya pada Allah’. Nak baca Doa Nabi Yusuf pun takleh nak baca time teran tu. Mampu doa berserah diri pada Allah je. Maka 612PM lahirlah seorang Nyla!

 

Alhamdullilah. Nyla is arrived exactly at 40 weeks of my pregnancy, 3.27 KG @ 612PM (Monday)! Tak sudah-sudah dalam labor room aku ucap syukur-syukur banyak kali lah. Tanpa seorang suami, sedih. Tapi I know, I am a survivor! Sekarang aku menjalani pantang, dan of course aku tak pernah halang Ayah pada anak-anak aku nak datang jenguk , kadang aku sendiri yang bawak anak-anak jumpa Ayah dia sebab aku akan selalu ingat kata-kata seorang Pakar Keluarga, ‘cara seorang ibu dan ayah berkomunikasi dan berkelakuan sesama sendiri akan mendidik sosial dan emosi anak-anak’. I hope to be profesional on this even satu masa nanti kami masing-masing dah kahwin baru (mana tahu), insyaallah moga Allah kuatkan semangat kami. Cayok!

Ok Gais! Doakan #syafiqfarhananuhanyla hihi. Bubbye.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s