Checklist Mama&Baby

Dikala mencecah 6 bulan, aku semakin sibuk mengumpul barang keperluan untuk beranak nanti. Waaa aku tersangat tidak sabar nak jumpa.

My new baby!

My new life!

My new strength!

So buat masa sekarang ni, banyak barang keperluan dah beli. Penyediaan barang keperluan aku buat start dari aku dah dapat kekuatan rohani aku dulu hahahah. Jimat dan mudah. Tapi iolss ni tak lah macam artis-artis ya nak pakai yang mahal-mahal. Iols walaupun seorang ‘mak janda’ berjaya tetapi iols akan tetap mementingkan ‘low profile’ iols, jangan risau aku tetap macam dulu hehe. Dont worry. Aku pun tak kuasa nak bertanding siapa lagi bagus, siapa lagi kaya raya, siapa lagi bagus, siapa lagi gah. Yang penting aku dah buat plan aku untuk 2017. Full schedule! Hihi. Yang ni semua untuk ibu-ibu yang cari bajet rendah di alam ke’najib’an yang menanti penuh keajaiban ini. Kah!. Hari ni aku bagi list je barang apa yang aku dah ada, dan belum.

 

Berpantang

✖ Set Mancur

Set yang berkualiti dan dijamin! Bukan je murah tapi berbaloi lah. Lepas 44 hari berpantang sambung makan Jamu Manjakani pula. 

Herbal Bath Tanamera

Ini aku beli untuk mandian lepas berpantang. Sebab lepas bersalin badan memang akan berbau. Lebih-lebih kalau kita menyusu badan. Memang tak best lah. Jadinya WAJIB ada sebagai sampingan. Lepas habis ‘herbal bath’ ni, boleh sambung mandi dengan Rose Herbal Soap Tanamera. 

Stokin

Bengkung

Bengkung ni aku terpaksa beli yang  baru sebab yang lama tu aku beli saiz L, aku ni pinggang secoet je dapat bengkung besar camtuh, melondeh la perut. Sebabkan bengkung lama, perut aku jadi terlondeh. Hampeh. Kali ni aku amek saiz XS, dan dapat free satu bengkung strap, so nanti kalau lepas bersalin time nak keluar hospital tu, tak payah la nak ikat-ikat. 

✖ Maternity Pad – ‘Madame’

Palmer’s Cocoa Butter (Soothing Nipple)

WAJIB! Bagi mama-mama yang bertekad nak breastfeed anak. Sebab kalau kita tak pernah breastfeeding anak dan lama tak breastfeed anak, nipple akan melecet dan sakit. So dengan soothing nipple ni membolehkan anda lebih selesa breastfeed anak.

Barra Gel Feminine Wash Nonaroguy

Kain Batik

Batu Tungku

✖ Confinement Lady (3 days)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Penyusuan

✓ Double Electric Breastpump

Yeay! Setelah lama aku survey dan akhirnya ‘Malish Aria Double Breastpump’ sedia berkhidmat. Sebelum ni aku pakai single Eve Love Pump, susah sebenarnya bila single pump, sebab bila pam sebelah, sebelah lagi meleleh, kadang tu habis baju kerja. So memang kena beli double pam.

✖  Milkbooster Mamom

✓ Maternity Bra + Pad

✓ Nursing Pillow

Sebab aku rasa lebih selesa dengan ada nursing pillow, lagipun dapat bantu baby duduk dalam position betul dan aku pun tak keletihan sangat. 

✓ Warmer BreastMilk

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Newborn Baby

✓  Tilam ‘baby’

✓  Nappi Kleen

Ada yang kata tak perlu beli, tapi sebenarnya pada kau kena ada Detergent ni sebab kita tak tau baby yang akan keluar tu ada alergik ke, ketahanan so baju baby yang seawal usia dua bulan kena pakai detergent for babies nih.

✖  Bedung

✓  Cotsheet

✖  Travel Pack (Mandian)

Not necessary sebab baby awal-awal kena siram dengan air suam sahaja. Aku baby 3-4 minggu dah start pakai sabun dah.

✓  Baby Wipes

✓  Napkin

✖  Newborn Pampers

✓  Cotton Buds

✓  Baby Care Kits ( Nail Clippers, Comb etc )

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Beg Hospital (Mama)

Baju lengan panjang (2 helai)

Palazo ( 2 helai )

Baju sejuk

Madu+Roti+Air minerail

Panties

Bengkung Strap

Powerbank+Handphone

Maternity Pad ( 4 keping )

Selipar

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Beg Hospital ( Baby )

Baju baby lengan panjang ( 1 helai )

Minyak Telon

Mitten & Booties

Bedung ( 1 helai )

Pampers NB ( 3 keping )

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bersalin

Untuk bersalin aku memang dah book Hospital Azzahrah Bangi. Aku memang dapat Premium Ward dekat KPJ ni, tapi aku tak selesa lagi la dengan KPJ ni. Hihi. So, aku dah booking date untuk 1st checkup dengan derang sebab takut aku terlupa so book la awal-awal. Hahaha.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Alhamdullilah aku berjaya menyiapkan semuanya sorang-sorang. Hebat jugak aku ni. Haha. Even aku tak kasi mak dan abah aku bantu, aku nak siapkan semuanya. Tapi alhamdullilah mak dan abah ada bagi semangat.

Mak, terima kasih jadi mak yang terbaik dalam dunia ni. Ada ke orang tak sayang mak? Ada ke orang ada 2,3 orang mak? Ada? Takda kan. Dalam dunia ni setiap satu umat manusia lahir dari rahim ibunya. Dan itu akan tetap menjadi ibunya. Dan itulah satu je mak kita. Aku selalu teringat kata-kata ayah aku bila aku kata yang aku takkan kahwin dah lepas ni :-

“Ana tetap kena kahwin, supaya suami tu boleh pimpin ke syurga. Masa muda dan tua abah dan mak dah nak hampir habis. Abah akan bawak Mak. Ana kena cari suami utk bawak pergi syurga, adik-adik lain suatu hari nanti akan bawak isteri masing-masing pergi syurga, dan Nuha pulak suami dia akan bawak dia pergi syurga. So kita ramai-ramai jumpa kat syurga. Insyaallah”

Bijak sungguh percaturan Allah, betul tu pada aku. Yang sehidup dan semati dengan aku adalah seorang suami. Mak Abah akan tetap pergi meninggalkan dunia. Adik-adik akan ada kehidupan sendiri, masing-masing akan mengalami kehidupan sendiri. Insyaallah aku pun berdoa semoga aku dipertemukan dengan lelaki yang benar-benar boleh jaga aku dan bukan manfaatkan aku untuk kepentingan sendiri. Aku tahu ada. Ya kau ada. Perancangan manusia itu indah belaka. Tapi perancangan Allah itu lagi lumayan. 🙂

Caiyokkk Ana!!! Caiyokkk!! Lagi 3 bulan eddah nak jatuh dah ni. Hahahaha.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s