Tips Membina Kerjaya

Hai!

Menjadi lumrah dan harapan semua pemegang sijil pendidikan dan kemahiran tinggi untuk bekerja. Dan semestinya bekerja dalam bidang yang diambil ketika dalam IPT juga menjadi favourite untuk para graduan. Tetapi ada juga yang dapat kos yang tak diminati tetapi disebabkan mahukan segulung sijil jadinya ada yang meneruskan kos tersebut dengan jayanya dan mungkin ada yang mendapat anugerah cemerlang dalam bidang yang graduan sendiri tidak minati. Dan akhirnya bekerja dalam bidang yang berlainan dengan kos yang diambil. Hari ini saya nak share serba sedikit berkenaan pengalaman saya bekerja, dan apa yang saya cari dalam sesuatu pekerjaan.

Sejak tahun 2013 saya telah melangkah dalam bidang pekerjaan dan alhamdullilah saya masih meneruskan pekerjaan saya dalam bidang yang saya ambil ketika di IPT dulu. Mungkin kerana minat dan ‘passion’ saya. Tetapi sejak tahun 2013 saya ‘melompat’ dari satu syarikat ke syarikat yang lain. Mungkin ada yang kata saya demand gaji, tetapi tidak sama sekali.

Walaupun telah 4 tahun bergelar seorang pekerja, tetapi saya masih lagi mencari kesesuaian. Serba sedikit saya kongsikan dari pengalaman.

 

Bidang

Jika seseorang ingin keluar dari bidang kos yang diambil , bermulalah dari seawalnya. Kerana jika kita tidak berminat dengan apa yang kita lakukan, makanya suasana pekerjaan, syarikat semua akan kita rasa tak seronok.

 

Gaji

Bagi seorang graduan yang baru, pengalaman amatlah bermakna dari skala penggajian untuk diri anda. Janganlah terlampau ‘demand’ dengan harga gaji anda supaya permulaan kerja anda menjadi lebih baik digarap untuk pengalaman. Kerajaan juga ada membantu graduan baru dan memberi peluang pada mereka untuk merasakan bekerja dengan syarikat-syarikat terkemuka dengan adanya skim-skim seperti Skim Latihan 1 Malaysia, Young Graduate Trainee dan sebagainya. Untuk pekerja seperti saya yang sudah 4 tahun dalam industri, gaji di ‘demand’ berdasarkan pengalaman, dan skop pekerjaan. Kebiasaannya lebih banyak sesuatu pekerjaan itu mengunakan minda serta ‘problem solving’ maka lebih ‘demand’ gajinya.

 

Environment

Bagi saya, sesuatu ‘culture’ atau suasana di dalam sesuatu ‘department’ tempat kita bekerja tersangatlah penting. Kerana inilah yang akan menwujudkan ‘mood’ bekerja. Jika suasana ‘negetif’ makanya, hari-hari anda akan menjadi ‘negetif’ juga. Dan akhirnya ‘mood’ bekerja (walaupun sedang bekerja dalam bidang yang anda minati) akan kecundang akhirnya membuatkan anda buat ‘perangai’.

 

Ketua/Pengurusan

Ini juga adalah faktor ‘turnover’ sesuatu syarikat itu tinggi. Kerana ketua atau pihak pengurusan yang sambil lewa. Pihak pengurusan amatlah penting untuk membina kesejahteraan sesuatu syarikat. Pada saya, jika ‘turnover’ sesebuah syarikat itu tinggi, makanya saya andaikan pihak pengurusan itu tidak bagus dalam mengendalikan syarikat. Dalam pekerjaan, pilihlah seorang ‘leader’ bukan ‘boss’. Leader memimpin kita untuk terus menerus memberikan motivasi dari sudut fizikal dan mental seterusnya mengindahkan lagi suasana pekerjaan anda. Jika seorang boss itu ‘bossy’ , suka marah , menjerit dan tidak memberikan sebarang motivasi untuk diri anda, ini juga akan menyebabkan pekerja itu pergi. Majikan juga seharusnya ingat, pekerja itu adalah ASET dalam sesebuah syarikat. Jika ASET itu pergi suatu masa nanti, bukankah syarikat itu akan kehilangan orang yang paling bagus dalam pekerjaannya?

 

Work Life Balance

Dari sudut ‘work life balance’, jika seseorang itu sudah bekeluarga sudah semestinya inilah keutamaannya. Siapa mahu keluar dari rumah hari masih gelap, balik pula hari gelap. Bukan sahaja itu, tetapi pekerja dipaksa bekerja pada hari minggu. Setiap hari pulang lewat dari tempat kerja, ini sememangnya akan menimbulkan ‘stress’ dalam diri anda. Kepentingan ‘work life balance’ sewajibnya menjadi keutamaan anda bagi yang sudah berumahtangga. Jika yang belum, mungkin ini kurang menjadi masalah bagi mereka kerana mungkin keseronokan dapat dicapai melalui bekerja dengan rakan sepejabat.

 

Ini mungkin dari sudut pandangan saya, tetapi terpulang juga pada sang pencari kerja. Akhir sekali, bekerjalah kerana Allah. Selalulah memanjatkan doa semoga anda semua diberikan kesihatan yang baik demi mencari rezeki halal dalam dunia yang fana ini.

 

 

Terima Kasih.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s